Hello Friends...

Hello Friends...
Tq Friend add me..

April 4, 2010

Akademi Fantasia musim ke 8


Pelajar-Pelajar AF musim ke 8...

Ello everybuddy.. ha sekarang nie kiter pun dah taw siape calon-calon Pelajar Akademi Fantasia Musim ke 8. Kini sudah minggu ke 3 pelajar ini membuat konsert dan sudah 2 orang pelajar telah disingkirkan, so kiter sbg peminat AF , pe lagi marilah mengundi pelajar yg layak menjadi bintang. Tangan Menjadi Juri.. itulah yg selalu Jimmy dan Sarimah selalu memperkatakan kepada semua peminat fanantik mereka, so apa lagi undilah dgn banyak, dan mengikut bakat yag ader, bukan hanya sekadar penampilan saje yg bergaya tetapi bakat out.. so kiter kenalah mengikut pandangan juri-juri profesional kerana ia lebih berpengalaman dari kite semua..huhu..

Foto Dari Peminat...


ABPBH: Siapa paling popular ....semuanyer terjawab malam esok..


PENGARANG Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah (tengah) bersama sebahagian artis yang terbabit bagi raptai penuh ABPBH 2009 yang akan berlangsung malam ini di Arena of Stars, Genting Highlands.Gimik persembahan artis warnai malam kemuncak: Lebih lima juta dianggar tonton siaran langsung di TV3.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 - Puncak Kegemilangan akan menggegarkan industri hiburan tempatan dengan segmen persembahan artis popular yang dianggap pemangkin kemeriahan berganda majlis berprestij yang kini memasuki edisi ke-23.

Mengangkat tema Cetusan Warna, ABPBH 2009 dijangka menghimpunkan lebih 7,000 peminat untuk membanjiri Arena of Stars mulai jam 9 malam esok, selain anggaran kira-kira lima juta penonton memilih TV3 untuk menyaksikan siaran langsung majlis hiburan yang berpaksikan populariti itu

Calon Bintang Paling Popular?

Antara calon Top 5 yang meluangkan waktu menemui peminat di Klang Parade pada Ahad lalu termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Aizat, Liyana Jasmay, Maya Karin, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Nabil, Meet Uncle Hussain, Black, Zizan dan ramai lagi.

Hampir enam jam, penonton berhibur dengan nyanyian artis kesayangan mereka, di samping berseronok serta bergelak-ketawa dengan jenaka spontan menerusi beberapa sketsa membabitkan pelakon, penyanyi, penyampai radio serta pengacara terkenal negara.

Kegamatan cukup dirasa setiap kali pengacaranya, Along Raja Lawak, Raja Azura, Fara Fauzana dan Faizal Ismail mengundang artis naik ke pentas untuk mengambil bahagian dalam sketsa bersama peminat.

Antara babak paling menggeletek hati ialah apabila seorang peminat yang dipakaikan topeng harimau mula mengaum untuk mengejar Maya Karin, yang berlari keliling pentas sambil ‘menjerit ketakutan'. Pusat beli-belah popular itu riuh-rendah dengan gelak penonton dek jenaka spontan peminat dan artis pujaan mereka.

Keadaan juga semakin riuh apabila dua pelawak popular, Nabil dan Zizan, yang disertai oleh Raja Azura dan Fizz mengadakan permainan makan kek dan meniup belon, yang turut disertai peminat. Penonton pecah perut menyaksikan gelagat selebriti terbabit saling menenyeh kek ke muka masing-masing.

Habis saja permainan berkenaan, muka Kak Engku, Fizz, Nabil dan Zizan kelihatan begitu comot. Namun, sikap ‘sporting’ mereka sememangnya banyak menghidupkan lagi suasana acara persembahan pada siri road tour itu.

Selain berhibur bersama calon Top 5 dan selebriti kegemaran masing-masing serta mengambil bahagian dalam permainan dianjurkan, peminat bertuah pada petang itu turut membawa pulang pelbagai hadiah menarik tajaan Habib Jewels, Jakel, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Sinar Mas, Nano White dan Slimming Sanctuary.

Lebih istimewa, sebahagiannya pula berpeluang mengelilingi sekitar lokasi bersama artis popular dengan menaiki kenderaan tajaan Edaran Tan Chong Motor. Tentunya, peminat yang terpilih tidak akan melupakan peluang yang datang sekali seumur hidup itu.

Pendek kata, peminat di Klang nyata bertuah. Bukan saja jumlah artis yang datang menghiburkan mereka adalah jumlah paling ramai dalam siri jelajah diadakan musim ini, pelbagai permainan yang diadakan sepanjang persembahan berlangsung juga begitu menghiburkan, serta merapatkan lagi hubungan artis bersama peminat mereka.

Bagi peminat dan pembaca Berita Harian yang tidak berpeluang untuk menikmati sama keseronokan siri jelajah ABPBH 2009 di Klang Parade kali ini, tunggu saja kehadiran kami ke tempat anda pada tahun depan.

Sebelum itu, jangan lupa memeriahkan acara malam kemuncak yang akan diadakan di Arena of Stars Genting Highlands, 4 April ini. Anugerah hiburan paling berprestij itu juga dapat diikuti menerusi siaran langsung oleh stesen penyiar rasmi, TV3 dan Hot FM.

Anugerah Bintang Popular 2009


SIRI jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 ke Plaza Angsana, Johor Bahru hujung minggu lalu melakar sejarah dan fenomena baru apabila lautan manusia yang dianggarkan melebihi 10,000 orang membanjiri pusat membeli belah terkenal di selatan tanah air itu bertali arus sejak awal pagi hingga lewat petang untuk menyaksikan dari dekat wajah finalis ABPBH 2009 kesayangan mereka.


Jumlah peminat itu dilaporkan tertinggi setakat ini, sekali gus mengatasi dua lokasi siri jelajah sebelum ini di Sungai Petani, Kedah dan Kemaman, Terengganu. Pastinya populariti drama Nur Kasih di TV3 sebelum ini menjadi pemangkin kepada jumlah penonton yang ramai apabila tiga teraju utama siri berkenaan - Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz turun padang menemui peminat di Johor Bahru.

Pun begitu, jumlah Top 5 ABPBH 2009 yang dianggarkan seramai 30 orang ‘menyerbu’ peminat mereka di Plaza Angsana, baru-baru ini turut dianggap faktor penyumbang kepada kebanjiran penonton yang memenuhi setiap tingkat pusat membeli belah itu. Selain populariti tiga bintang Nur Kasih, kemunculan anak jati Johor, Mawi menambahkan lagi keriuhan dan kekecohan di belakang pentas.

Suasana di belakang pentas seolah-olah berada di luar kawalan apabila ‘tembok’ pemisah antara penonton beberapa kali roboh dek asakan bertalu-talu daripada peminat yang ingin bergambar dan menjeritkan nama artis kesayangan mereka.

Sudah pasti populariti Diana Danielle, Liyana Jasmay, Fizo Omar, Lisa Surihani, Saiful Apek dan Aaron Aziz menjadikan semangat penonton Johor Bahru terus berkobar-kobar mendekati mereka.

Begitu juga dengan laluan dari dewan menunggu ke belakang pentas yang sentiasa dipenuhi orang ramai yang ingin mencuri peluang bersalaman dengan artis kegemaran mereka. Kawalan keselamatan yang diberikan kepada artis seolah-olah tidak dihiraukan peminat asal saja mereka dapat bergambar dengan Nabil, Zizan, Black Mentor, Hazama dan Meet Uncle Hussain.

Kumpulan artis yang ditempatkan di dewan menunggu sementara menanti giliran mereka muncul di pentas tidak terlepas dengan asakan peminat yang berkumpul di depan pintu, menjeritkan nama Dira Abu Zahar, Hafiz, Akim, Aril dan Isma. Begitu juga dengan anggota kumpulan 6ixth Sense, Bunkface, Hijjaz dan Saujana yang membuktikan populariti mereka sentiasa ‘panas’ apabila tembok dewan menunggu terus diketuk peminat!

Pujian harus diberikan kepada pengacara siri jelajah ABPBH 2009 di Plaza Angsana - Kieran HotFM, Along dan Angah Raja Lawak yang tidak pernah kering idea menggeletek hati orang ramai yang tidak mahu berganjak dari tempat duduk masing-masing. Turut muncul di pentas menghiburkan peminat ialah Adam AF2, Putri Mardiana dan pemenang tempat pertama Bintang Idola Berita Harian (BIBH) 2009 Zon Selatan, Nor Ashimah Ramli, 18.

Keriuhan akhirnya berterusan hingga ke penghujung acara apabila peminat di Plaza Angsana seperti tidak mahu melepaskan artis kesayangan mereka pergi apabila pengangkutan rasmi siri jelajah ABPBH 2009, koc mewah Sinarmas Travel & Tours ‘dikepung’ orang ramai apabila menyedari artis kesayangan mula meninggalkan kompleks berkenaan.

Corat Coret

- Liyana Jasmay terlupa memulangkan kunci bilik Hotel Selesa, Johor Bahru apabila daftar keluar selepas pulang dari Plaza Angsana dan membawa kunci berkenaan hingga ke Kuala Lumpur.

- Fizo, Black Mentor dan Zizan Raja Lawak yang memandu kereta sendiri tak jadi pulang selepas persembahan kerana mahu singgah ke LC Catering untuk makan tengah hari sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

- Populariti wartawan Terjah, Rock (Rokaidah) atau dikenali dengan jolokan Kiah Propa menyamai barisan finalis ABPBH 2009 apabila peminat di Johor Bahru tidak henti-henti memanggilnya dengan gelaran ‘Kak Terjah’, selain mengambil kesempatan bergambar dan bersalaman dengannya.

- Kereta BMW X5 yang dinaiki Mawi bersama isterinya, Ekin tidak dapat bergerak lancar dari tempat letak kereta VIP Plaza Angsana apabila ‘dikepung’ peminat.

- Kemesraan Zizan bersama Diana Danielle di dewan menunggu Plaza Angsana terserlah apabila mereka rancak berborak di suatu sudut tanpa menghiraukan mata nakal yang memandang dan usikan rakan sekeliling.

- Bintang tampan Akademi Fantasia 7, Akim mengakui dia amat meminati Tiz Zaqyah dan permintaannya untuk bergambar dengan aktres jelita itu akhirnya dimakbulkan apabila mereka dipertemukan di belakang pentas.

- Diana Danielle mengambil kesempatan masa terluang mengulangkaji mata pelajaran Matematik Perniagaan kerana selepas siri jelajah di Johor Bahru, dia terbabit dengan peperiksaan di kampusnya di Semenyih.

- Bintang filem Santau, Putri Mardiana dengan keadaan buku lali masih berbalut selepas mengalami kecederaan ketika penggambaran drama bersiri Adnan Sempit, tetap bersemangat menemui peminat di Plaza Angsana sekalipun selepas acara berakhir, kakinya semakin membengkak.

- Juri BIBH 2009 Zon Selatan, Ramli MS sempat menjenguk kedua-dua orang tuanya di Singapura sehari sebelum siri jelajah ABPBH 2009 berakhir, selain mengambil kesempatan membeli-belah di Orchard Road.

- Seorang finalis wanita ABPBH 2009 merokok di tempat terbuka di kawasan belakang pentas utama Jelajah ABPBH 2009 di Plaza Angsana tanpa rasa segan silu mahupun memikirkan sensitiviti peminat yang mungkin tersinggung jika terlihat gelagat kurang sopan itu.