Hello Friends...

Hello Friends...
Tq Friend add me..

April 5, 2010

Tahniah Buat semua Pemenang...

Sebelum ini, umum sudah pun mengetahui hasrat Dato' Siti Nurhaliza untuk mengundur diri daripada pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun depan.Bukan kerana merajuk. Bukan juga untuk menutup cakap-cakap orang yang tidak senang dengan kemenangannya setiap kali dicalonkan untuk mana-mana anugerah. Sebaliknya, keputusan Siti adalah untuk memberi laluan kepada bakat-bakat lain. Ketika majlis ABPBH 09 malam tadi, dalam ucapannya ketika menerima anugerah Penyanyi Wanita Popular, Siti sekali lagi memaklumkan bahawa ini merupakan kali terakhirnya mengambil bahagian di dalam acara tahunan ABPBH.Meskipun ramai peminat-peminat Siti yang sedih atas keputusannya, namun apa yang pasti, kemenangan besar idola mereka pada malam ini sudah cukup untuk mengubati kekecewaan di hati.
Selain memenangi Penyanyi Wanita Popular buat kali ke-12nya, Siti turut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 2009 buat kali ketujuhnya. Siti pernah menjulang anugerah yang sama untuk lima tahun berturut-turut bermula 1996 hingga 2000, dan kemudiannya pada tahun 2004.Edisi ABPBH kali ini berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran ramai artis-artis popular serta koloborasi persembahan yang menarik.

Antaranya persembahan pembukaan yang mantap daripada Bunkface dan Faizal Tahir untuk lagu "Revolusi", gabungan One Nation Emcees dan Datuk M. Daud Kilau untuk lagu "Raja Gelek", penampilan istimewa daripada Datuk Khadijah Ibrahim ketika duet "Doa Buat Kekasih" Alyah dan Dayang Nurfaizah, medley lagu-lagu popular KRU yang dipersembahkan oleh Dafi, Aril, Akim, Hafiz, Faralyna, Ainul Aishah, Diana Danielle dan Marsha, dan tak lupa persembahan penutup yang meletup dari Wings yang melihat Awie beradu kelantangan vokal dengan Black dan Jaclyn Victor.
Namun, majlis malam tadi tidak lari daripada beberapa momen yang menyayat hati apabila terkenangkan pemergian mengejut Allahyarham Ustaz Asri dan Din Beramboi.

Teman-teman seperjuangan Allahyarham Ustaz Asri daripada bekas penyanyi utama Raihan, Nazrey Johani dan anggota-anggota Rabbani telah menyampaikan versi lagu "Kau Pergi Jua" yang begitu menyentuh hati.

Sementara disebalik kegembiraan Aznil Hj Nawawi, Faizal Ismail dan Nabil memenangi anugerah dalam kategori yang telah dicalonkan, tidak lupa mereka pada Din Beramboi apabila masing-masing mendedikasikan anugerah mereka kepada arwah.

Faizal telah menyimpulkannya dengan baik sekali apabila menyatakan walaupun kemenangan tidak berpihak kepada Din, "Allahyarham telah menang di hati kita semua".



Tahniah semua...

Tahniah Buat Dato Ct...

...Ello everybuddy.. ha semua keputusan telah pun u all ketahui malam td, so aper pun aku nak ucapkan congratulate wat Dato Ct kerana sepanjang tahun , Dato Ct tidak pernah melepaskan peluang n tidak pernah mengecewakan peminat-peminat untuk merangkul Trofi Anugerah Bintang Paling Popular, kini sudah 7 kali Dato Ct mendapat Anugerah Bintang Paling Popular.
Datuk Ct  telah diinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 ,hadiah paling berprestij ABPBH edisi 23 yang berlangsung di Arena of Stars, malam tadi. Dengan kemenangan itu, Dato Ct berjaya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai lebih RM330,000 menewaskan empat calon lain iaitu kenderaan Nissan X-Trail berharga RM130,000 tajaan Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd, barang kemas bernilai RM150,000 tajaan Habib, perabot mewah RM30,000 tajaan Empire Classic Furniture dan pakej penginapan mewah RM18,000 tajaan Palace of The Goldn Horses.


Tahniah ....