Sahabatku yang ku sayangi...
Adakala hidup ini tersusun dengan kekalutan
kadang pula di isi dengan kegusaran
yang menipiskan kesempatan untuk kita
saling terus mengenali,mengambil tahu,
mengambil berat. Maafkanlah kekurangan itu dan
aku juga memaafkanmu kerana kutahu
kamu juga melalui hari yang sebegitu..
Dan hari ini..
Tuhan memberi aku kesempatan lagi
Mensyukuri akan kehadiranmu,
menyampaikan padamu setiap baris doaku
untukmu..agar kamu tahu..selalu tahu
kamu itu selalu diingatanku....
Wahai Yang Pemberi Kurnia
Kurniakanlah Sebulat Kesejahteraan
Kurniakanlah Seluas Kebahagiaan
Kurniakanlah Sekuat PerlindunganMu Untuknya
Kasihanilah dia selalu
Wahai Yang Maha Pengasih...
Amin.. Ya Rabbal Alamin